Polisi Pemulangan & Pengembalian (Refund & Return Policy)
Di QAUSAR 99 WORLDWIDE VENTURES, kami sentiasa memastikan produk yang dihantar berada dalam keadaan terbaik.
1. Syarat Pemulangan / Ganti Baharu
Kami menyediakan jaminan penggantian produk baharu sekiranya:
- Barang yang diterima rosak, bocor, atau pecah semasa proses penghantaran.
- Terdapat kesilapan pada pakej/item yang dihantar berbanding pesanan asal anda.
2. Prosedur Tuntutan
- Sila hubungi khidmat pelanggan kami melalui WhatsApp di nombor 016-4178062 dalam tempoh 7 hari selepas barang diterima.
- Sediakan bukti pembelian (Nama/No. Telefon) bersama foto atau video pendek yang menunjukkan kerosakan/masalah pada produk.
- Pihak kami akan memproses penghantaran unit gantian baharu selepas pengesahan dibuat.
3. Pengecualian
Pemulangan tidak diterima jika kerosakan berpunca daripada kecuaian sendiri selepas barang diterima dalam keadaan baik.